BIODATA SYARIKAT KAMI

Tuesday, February 23, 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda yang sudi melayari blog syarikat kami Ubi Master.Untuk pengetahuan anda semua, syarikat kami merupakan syarikat 100% milikan bumiputera.Syarikat kami terletak di negeri Selangor, kami menjalankan perusahaan pertanian sebagai aktiviti utama.Antara perusahaan yang kami jalankan adalah seperti penanaman ubi berskala besar, kelapa sawit, jagung dan beberapa aktiviti perniagaan sampingan yang lain.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan anda semua bolehlah menghubungi kami di alamat seperti berikut:

Ubi Master Enterprise,
Peti Surat 70, Kampung Endah,
42700, Banting, Kuala Langat,
Selangor, Darul Ehsan.

Tel: 013-6650005 (Khairulnizam Bin Sipon)
E-mel: ubi.unggul@gmail.com.


HASIL DARI UBI KAYU


















-Gambar di atas merupakan hasil daripada ubi kayu.Di Malaysia peniaga2 iks merupakan pengguna utama produck ubi.Perniagaan seperti membuat kerepek, kuih muih,
ulam dan sebagainya sebenarnya adalah penyumbang utama ekonomi untuk Syarikat penanaman ubi seperti kami.Syarikat kami merupakan syarikat yang sentiasa membekalkan ubi untuk para peniaga iks ini.Oleh yang demikian memandangkan permintaan yang semakin tinggi,pihak kami sudi untuk menjalinkan usahasama dengan mana2 syarikat pengguna ubi /pengeluar ubi.Kami berharap dengan usahasama begini dapat mengurangkan dan meminimakan kos semua pihak.
Harga Ubi:
-Syarikat kami menanam 2 jenis ubi 1-ubi putih (1 kg RM 0.55) 2-Ubi kuning (1 kg RM0.65)
tambahan kos untuk penghantaran dikenakan(mengikut persetujuan kedua belah pihak).
Benih Ubi /Makanan lembu/Ulam pucuk ubi
-Syarikat kami ada menjual benih ubi untuk individu atau syarikat yang baru ingin menceburi
bidang tanaman ubi ini.
-Untuk makanan lembu ini Syarikat kami sedang didalam peringkat R&D.Syarikat akan
membuat pengumuman apabila semuanya berjalan lancar.Segala perkembangan Syarikat ini boleh anda ketahui di dalam blog ini.
-Bagi mereka2 yang menjual ulam-ulaman pucuk ubi khasnya bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan.
Sebarang pertanyaan hubungi kami:
Tel:013-6650005 (Khairulnizam Bin Sipon)





PENANAMAN UBI KAYU

Monday, February 22, 2010































CARA PENANAMAN UBI KAYU

-Potong batang ubi kayu kira2 7-8 inci.

-Cucuk batang ubi yang dipotong tadi kedalam batas yang disediakan.(kedalaman kira2 6-7 inci) dengan keserongan lebih kurang 25% drp paras batas.

-Untuk tanah liat hanya kurangkan sedikit panjangnya.

-Selepas 2 minggu/tinggi kira2 1 kaki bolehlah dibaja (jenis Urea).

-Selepas 2 bulan gunakan baja buah.

-Selepas 6 bulan gunakan baja buah.

-Tempoh yg sesuai untuk menuai adalah kira2 9 bulan.



*cara menanam ubi jenis 1*




Untuk sebarang petanyaan atau tempahan sila hubungi:

Ubi Master Enterprise.
Tel: 013-6650005 (Khairulnizam Bin Sipon)
e-mel: ubi.unggul@gmail.com















UBI KAYU










Ubi kayu (nama botani : Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran.Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian Tropika Amerika tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan Tropika seluruh dunia.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar dan dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin, atau ikan bakar.Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan berbagai jenis kuih yg lain.

Ubi kayu ditanam secara kormersial untuk menghasilkan tepung ubi.Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama dinegara Timur Jauh dan Amerika Latin.

Di Malaysia ubi kayu lebih terkenal untuk dijadikan makanan ringan.Banyak iks menjadikan ubi kayu sebagai perusahaan utama.Oleh yang demikian kami di syarikat Ubi Master telah menjadikan penanaman ubi kayu ini sebagai salah satu cabang perniagaan kami.Syarikat kami telah menanam 2 jenis ubi yg mendapat permintaan tinggi, iaitu ubi putih dan ubi kuning.

Kami mengalu2kan para peniaga yg berasaskan ubi kayu untuk membeli atau ingin bertukar2 idea perniagaan .Kami juga ada menyediakan khidmat bantuan atau kursus berkenaan cara penanaman ubi kayu.

Segala pertanyaan boleh hubungi:
TEL:013-6650005 (Khairulnizam Bin Sipon)
E-MEL: ubi.unggul@gmail.com