UBI KAYU

Monday, February 22, 2010









Ubi kayu (nama botani : Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran.Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian Tropika Amerika tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan Tropika seluruh dunia.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar dan dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin, atau ikan bakar.Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan berbagai jenis kuih yg lain.

Ubi kayu ditanam secara kormersial untuk menghasilkan tepung ubi.Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama dinegara Timur Jauh dan Amerika Latin.

Di Malaysia ubi kayu lebih terkenal untuk dijadikan makanan ringan.Banyak iks menjadikan ubi kayu sebagai perusahaan utama.Oleh yang demikian kami di syarikat Ubi Master telah menjadikan penanaman ubi kayu ini sebagai salah satu cabang perniagaan kami.Syarikat kami telah menanam 2 jenis ubi yg mendapat permintaan tinggi, iaitu ubi putih dan ubi kuning.

Kami mengalu2kan para peniaga yg berasaskan ubi kayu untuk membeli atau ingin bertukar2 idea perniagaan .Kami juga ada menyediakan khidmat bantuan atau kursus berkenaan cara penanaman ubi kayu.

Segala pertanyaan boleh hubungi:
TEL:013-6650005 (Khairulnizam Bin Sipon)
E-MEL: ubi.unggul@gmail.com



No comments:

Post a Comment